Saturday, January 29, 2011

PELANCARAN LATIHAN SUKARELA TAHUN 2011


29 Jan 2011 - Bertempat di padang kawad pasukan majlis perasmian pembukaan latihan sukarela tahun 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Komander

MAJLIS PENUTUP PENATARAN JURULATIH PKBM PERINGKAT PULAU PINANG



28 Jan 2011 - Bertempat Lapangsasar Sasar Sg Dua. Acara penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Komander

LAWATAN KE RUMAH SJN ISMAIL BIN RAMLI

28 Jan 2011 - Timbalan Komander melakukan lawatan ke rumah anggota yang terlibat kemalangan jalanraya pada 8 Dis 2010 iaitu Sjn Ismail bin Ramli di Taman yang masih menerima rawatan. Akibat kemalangan tersebut Sjn Ismail telah mengalami kecederaan pada kaki kanan dan terpaksa dimasukan plate .

Monday, January 17, 2011

PENATARAN JURULATIH SIRI 1/2011

           17 Jan 2011 - Kursus Penataran Jurulatih bermula 17-22 Jan 2011 telah dirasmikan oleh  Timbalan Komander Lt Kol Nik Abd Halim bin Nik Mohd Zain.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KOMANDER

     12 Jan 2011 - Bertempat di Padang Kawad pasukan telah menjadi saksi dalam satu upacara serah terima tugas Timbalan Komander diantara Lt Kol Mohd Darawi bin Saad dan Lt Kol Nik Abd Halim bin Nik Mohd Zain yang turut disaksikan oleh Lt Kol Md Jamil bin Othman iaitu Ketua Staf 6 Bgd. 

    Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan yang di ketuai oleh Lt Kol Tarmidi bin Hamzah. Selesai memeriksa perbarisan Lt Kol Mohd Darawi bin Mohd Saad telah memyempurnakan pemakaian pangkat dari Koperal ke Sarjan dan dari Lans Koperal ke Koperal kepada 1086978 Kpl Che Shuhaimi bin Che Omar, 1101078 Kpl Zulkefle bin Zainal, 1101443 Kpl Mohd Shukri bin Salleh, 1103691 Kpl Mohammad Sobri bin Abd Hamid, 1104157 Kpl Zaidi bin Mat Noor dan 1101715 LKpl Mohamad Zafrie bin Yaakob. 

          Semasa ucapan Lt Kol Mohd Darawi bin Mohd Saad, telah mengucapkan tahniah kepada anggota-anggota yang telah dinaikan pangkat. Beliau menyeru agar semua anggota sentiasa menjaga displin dan menjauhi dari najis dadah.

             Semasa Lt Kol Mohd Darawi bin Mohd Saad, bertugas di pasukan beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga kebajikan anggota.